BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcomer


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 30, 2010

viDeo-Vide0 teKnologi Pendidikan

video video video video

maCam mane maHu hasiLkan gaMbar Model BBM

salam..
bagi memenuhi keperluan untuk subjek Teknologi Pendidikan yang diambil Tahun 2 ini, di mana salah satu kerja yang perlu dijalankan adalah membina satu model pembelajaran yang akan dipamerkan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi dengan idea yang agak suam-suam kuku sahaja, dengan tidak semena-mena saya terfikir untuk membuat satu model yang berkaitan dengan tajuk sembelihan.Alhamdulillah..ade jugak idea..

Antara subjek yang saya mahu hasilkan adalah seekor lembu, sebilah pisau yang dikhususkan untuk sembelihan ini, kalau tak ade pisau, tak boleh la nak sembelih. Perkara yang membuatkan saya terfikir untuk menghasilkan model ini adalah kerana mudah untuk seseorang guru itu menerangkan perkara-perkara yang berlaku semasa proses sembelihan, jadi dengan adanya model ini, tidak perlulah seseorang guru itu bertungkus-lumus untuk mengheret beberapa ekor lembu ke sekolah, apalagi nak menambat lembu tersebut di dalam kelas, semata-mata nak bagi faham kepada para pelajar tentang tajuk sembelihan ini. Dengan cara mudah, hasilkanlah seekor lembu berserta dengan pisaunya sekali. Pisau pula, boleh dihasilkan agar, jika bawa yang real, takut-takut berlaku kemungkinan perkara yang tidak diduga di luar jangkaan guru tersebut,pelajar2 walhal tukang kebun sekalipun. Semuanya perlu berjaga-jaga dengan pisau.
Seterusnya, proses pembuatannya boleh dikatakan agak rumit juga untuk membentukkan lembu itu menjadi rupa lembu, kalau tengok macam rupa kerbau pun jadi la..tapi tu bukan kerbau...tapi...lam, mim, ba, wau...LEMBU..seterusnya kita lihat bahan-bahan bagi menghasilkan model ini..

i) surat khabar lama ( nak membentuk badan lembu )
ii) ranting kayu ( kaki lembu )
iii) botol ( dipotong utk membuat kepala lembu )
iv) tali rafia ( ekor)
v) pelekat kotak/saltip kotak ( balut tubuh lembu )
vi) sedikit kertas warna ( telinga dan tanduk )
vii) marker hitam ( lukis mata dan kaki )
viii) kertas keras ( utk pisau sembelihan )
ix) kotak kasut ( sbg tempat letak pisau )

dengan adanya bahan-bahan tersebut, maka proses penghasilannya dilakukan dengan ketekunan, kesabaran, ketelitian, dan yang paling penting keimaginasian untuk seekor lembu itu..

nak lihat hasilnya...sila-sila tengok bawah lagi dlm blog ni..semuanya ade

gamBar M0del baHan Bantu mEngajar







Sunday, September 19, 2010

kuLit Buku tEknologi PenDidikan

inilah hasil kulit buku yang telah saya designkan..

Tuesday, August 31, 2010

Pengaplikasian Teknologi dalam Pendidikan Islam


Pada era globalisasi ini, pelbagai teknologi di dalam pendidikan yang telah diperkenalkan bagi memudahkan para guru menyampaikan aktiviti pengajaran kepada para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika masa dahulu, para guru bagi subjek Pendidikan Islam menggunakan sumber primer seperti buku teks, majalah, buku rujukan dan bahan bercetak bagi membantu mereka dalam menyampaikan proses pengajaran mereka. Akan tetapi teknologi pada masa kini boleh mengubah cara pengajaran dalam Pendidikan Islam, terutamanya bagi proses pembelajaran kepada para pelajar. Bagaimanakah penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam dapat membantu para pelajar dalam memahami dan mengurangkan perasaan bosan semasa subjek ini diajar oleh para guru?

Sarankan 5 pendapat anda dalam mengatasi masalah tersebut..


Di akhir komen anda, letakkan nama dan nombor matrik anda yang lengkap
Terima Kasih