Saturday, October 30, 2010
maCam mane maHu hasiLkan gaMbar Model BBM
salam..
bagi memenuhi keperluan untuk subjek Teknologi Pendidikan yang diambil Tahun 2 ini, di mana salah satu kerja yang perlu dijalankan adalah membina satu model pembelajaran yang akan dipamerkan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Jadi dengan idea yang agak suam-suam kuku sahaja, dengan tidak semena-mena saya terfikir untuk membuat satu model yang berkaitan dengan tajuk sembelihan.Alhamdulillah..ade jugak idea..
Antara subjek yang saya mahu hasilkan adalah seekor lembu, sebilah pisau yang dikhususkan untuk sembelihan ini, kalau tak ade pisau, tak boleh la nak sembelih. Perkara yang membuatkan saya terfikir untuk menghasilkan model ini adalah kerana mudah untuk seseorang guru itu menerangkan perkara-perkara yang berlaku semasa proses sembelihan, jadi dengan adanya model ini, tidak perlulah seseorang guru itu bertungkus-lumus untuk mengheret beberapa ekor lembu ke sekolah, apalagi nak menambat lembu tersebut di dalam kelas, semata-mata nak bagi faham kepada para pelajar tentang tajuk sembelihan ini. Dengan cara mudah, hasilkanlah seekor lembu berserta dengan pisaunya sekali. Pisau pula, boleh dihasilkan agar, jika bawa yang real, takut-takut berlaku kemungkinan perkara yang tidak diduga di luar jangkaan guru tersebut,pelajar2 walhal tukang kebun sekalipun. Semuanya perlu berjaga-jaga dengan pisau.
Seterusnya, proses pembuatannya boleh dikatakan agak rumit juga untuk membentukkan lembu itu menjadi rupa lembu, kalau tengok macam rupa kerbau pun jadi la..tapi tu bukan kerbau...tapi...lam, mim, ba, wau...LEMBU..seterusnya kita lihat bahan-bahan bagi menghasilkan model ini..
i) surat khabar lama ( nak membentuk badan lembu )
ii) ranting kayu ( kaki lembu )
iii) botol ( dipotong utk membuat kepala lembu )
iv) tali rafia ( ekor)
v) pelekat kotak/saltip kotak ( balut tubuh lembu )
vi) sedikit kertas warna ( telinga dan tanduk )
vii) marker hitam ( lukis mata dan kaki )
viii) kertas keras ( utk pisau sembelihan )
ix) kotak kasut ( sbg tempat letak pisau )
dengan adanya bahan-bahan tersebut, maka proses penghasilannya dilakukan dengan ketekunan, kesabaran, ketelitian, dan yang paling penting keimaginasian untuk seekor lembu itu..
nak lihat hasilnya...sila-sila tengok bawah lagi dlm blog ni..semuanya ade
Posted by syuhada at 8:52 AM 0 comments
Sunday, September 19, 2010
Tuesday, August 31, 2010
Pengaplikasian Teknologi dalam Pendidikan Islam
Di akhir komen anda, letakkan nama dan nombor matrik anda yang lengkap
Terima Kasih
Posted by syuhada at 10:27 PM 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
Dan jika berkata, berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?..Sahabat adalah kebutuhan jiwa, yang mesti terpenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau panen dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Karena kau menghampirinya saat hati lapa dan mencarinya saat jiwa butuh kedamaian.Bila dia bicara, mengungkapkan pikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “ya”.
Dan bilamana ia diam, hatimu tiada ‘kan henti mencoba merangkum bahasa hatinya; karena tanpa ungkapan kata, dalam rangkuman persahabatan, segala pikiran, hasrat, dan keinginan terlahirkan bersama dengan sukacita yang utuh, pun tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, janganlah berduka cita; Karena yang paling kaukasihi dalam dirinya, mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya ruh kejiwaan. Karena kasih yang masih menyisakan pamrih, di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Karena dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.
Karena dalam titik-titik kecil embun pagi, hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan.
Posted by syuhada at 8:48 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
RefLeksi MembUaT SPSS...

Klik pada Variable Value untuk memasukkan item yang berkaitan dengan isi soal selidik.Kemudian masukkan item tersebut sehingga lengkap.Masukkan item TAHUN,SEMESTER,PROGRAM,JANTINA serta nombor soalan-soalan yang dikemukakan.
Bagi column TYPE biarkan semua ruangan menunjukkan kepada NUMERIC,column untuk WIDTH=8, DECIMAL=0, ALIGN=center 
untuk column MEASURE masukkan Tahun dan Semester sebagai SCALE,manakala untuk program dan jantina sebagai sebagai nominal dan untuk soalan-soalan masukkan sebagai ordinal


masukkan keputusan daripada hasil soal selidik yang dilakukan mengikut apa yang ditetapkan
klik pada ANALYZE>>DESCRIPTIVE STATISTIC>>FREQUENCIES

Setelah diklik pada frequencies masukkan semua item pada ruang di sebelah kiri ke ruang sebelah kanan satu persatu dengan klik pada simbol > setelah itu klik ok
kemudian klik pada statistic agar keputusan daripada soal selidik itu,menujukkan keputusan dalam mod atau median atau mean..pilihlah mengikut citarasa anda dan klik pada continue
secara automatiknya,keputusan soal selidik tadi akan kelua dalam bentuk yang dipilih tadi,lihat pada contoh yang diberikan,menunjukkan data frequencies.

manakala contoh yang diberikan adalah menunjukkan Pie Chart
dan ini adalah contoh bagi soalan soal selidik nombor 7
Posted by syuhada at 9:55 PM 0 comments


