BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcomer


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 13, 2011

Alqamah yang malang

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Alqamah, tidak dapat mengucap kalimah syahadah sewaktu tiba saat kematiannya. Puas diajar oleh para sahabat, namun Alqamah masih gagal mengucapnya.
Sahabat sangat risau melihatkan wajah Alqamah yang pucat, mulut terkatup rapat serta kaki dan tangannya kaku tidak bergerak. lalu hal ini diadukan kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah sedia maklum bahawa Alqamah jadi begitu bukan kerana kurang amal ibadatnya tetapi dia telah menderhaka kepada ibunya. Lalu dipanggil ibunya, maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " wahai ibu Alqamah, ampunkan dosa anakmu." Namun ibunya enggan kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya.
Menurut ibunya, sebelum berkahwin, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.
Melihat kengganan ibunya , Rasulullah s.a.w mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu kerana kasih pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia memaafkan anaknya.
Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.